27 °c
Kuala Lumpur
Monday, December 10, 2018

Nilai KDNK 2017 RM1.352 Trilion

Jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada tahun lalu berjumlah RM1.352 trilion dengan sektor perkhidmatan menjadi penyumbang terbesar iaitu sebanyak 54.4 peratus.

Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, sektor perkhidmatan meneruskan momentun positif apabila mencatatkan pertumbuhan 6.2 peratus pada 2017 dipacu oleh segmen perdagangan runcit dan borong serta komunikasi dan maklumat.

Jelas beliau, sektor pembuatan menjadi penyumbang kedua terbesar dengan 23 peratus diikuti agrikultur, perlombongan dan pembinaan.

a�?Peningkatan eksport elektrik dan elektronik serta produk optik membantu pertumbuhan mapan sektor pembuatan. Agrikuktur pula berkembang 7.2 peratus tahun lalu selepas mengalami kemerosotan pada 2016 susulan pemulihan dalam industri minyak sawit dan getah,a�? katanya dalam taklimat statistik ekonomi suku keempat dan tahunan 2017 di Petaling Jaya kelmarin. – UTUSAN ONLINE

 

Next Post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.