28 °c
Kuala Lumpur
Monday, December 10, 2018

Palestin Mahu Kurangkan Kebergantungan Shekel

Kerajaan PaA�lestin merancang untuk menguA�rangkan kebergantungan terhadap mata wang Israel, shekel, selain mengkaji langkah-langkah mengguna pakai mata wang lain.

Arab News melaporkan, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Rami Hamdallah telah menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menggerakkan langkah berkenaan termasuk cadangan mengeluarkan mata wang Palestin.

Perkara itu selari dengan kehendak penduduk Palestin yang sekian lama mencari jalan a�?melepaskan diri daripada kebergantungan terhadap ekonomi Israela��.

Mengawal mata wang Israel, yang digunakan di seluruh wilayah yang dijajah oleh rejim Zionis juga menjadi antara desakan para aktivis.

Alex Awad yang mengarang buku berjudul Palestinian MemoA�ries: The Story of a Palestinian Mother and Her People juga antara yang menjelaskan mengenai pemikiran di sebalik desakan beralih daripada menggunakan mata wang Israel.

a�?Mengapa kita masih menerima mata wang yang mempunyai imej pemimpin Israel? Kenapa, dengan semua tindakan jahat terhadap kita, menjadikan hidup kita sengsara, kita terus menggunakan mata wang rejim yang menindas Palestin?

a�?Bilakah kita akan menamatkan kebergantungan terhadap peraturan mereka?a�? soalnya.

Menurut beliau, keputusan kerajaan itu adalah sebagai langkah kecil ke arah kemerdekaan ekonomi Palestin.

a�?Perkara tersebut adalah langkah kecil tetapi sesuatu yang boleh dilakukan semua pihak. Ini membolehkan kita (Palestin) berasa bahawa kita tidak akan lagi membantu penjajah,a�? tegasnya.

Beliau menambah, sehingga penduduk Palestin memiliki mata wang sendiri, adalah penting untuk mengurangkan kebergantuA�ngan kepada mata wang Israel.

Dalam pada itu, satu penyelesaian yang dibincangkan oleh ahli ekonomi dan aktivis adalah perbankan elektronik dan pemindahan wang.

Sistem perbankan yang kuat dan populasi berteknologi tinggi di Palestin membawa maksud bahawa mata wang selain shekel boleh digunakan dengan lebih kerap. – AFP

 

Next Post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.