23 °c
Kuala Lumpur
Sunday, June 24, 2018

Singapura Kenakan Cukai Karbon Mulai Tahun Depan

Singapura akan mengenakan cukai karbon mulai tahun depan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (karbon dioksida) dan menjadikan syarikat-syarikatnya lebih berdaya saing deA�ngan penguatkuasaan perjanjian global mengenai perubahan iklim.

Menteri Kewangannya, Heng Swee Keat berkata, cukai itu dikenakan ke atas semua kemudahan yang menghasilkan 25,000 tan atau lebih pelepasan gas rumah hijau setahun.

Cukai yang meliputi semua sektor, akan mengenakan S$5.0 (kira-kira RM14.82) bagi setiap tan pelepasan gas rumah hijau dari 2019 hingga 2023, sebelum dikaji semula dan mungkin dinaikkan kepada antara S$10 (RM29.64) dan S$15 (RM44.46) setan menjelang 2030.

a�?Singapura menghasilkan pelepasan karbon yang kurang bagi setiap dolar daripada KDNK berbanding kebanyakan negara,a�? katanya, ketika mengA�umumkan langkah itu sebagai sebahagian daripada bajet 2018 negara ini.

a�?Kami berhasrat mengurangkan lagi tahap pelepasan karbon sebagai usaha yang lebih besar memerangi perubahan iklim.a�?

Negara-negara maju kini berA�kerja keras untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau ketika terdapatnya amaran pakar-pakar sains tentang kesan yang berpotensi menghancurkan perubahan iklim.

Levi akan menjejaskan kira-kira 30-40 buah syarikat, terutamanya dalam sektor peA�napisan minyak, bahan kimia dan semikonduktor, lapor Straits Times.

Singapura berada di tangga ke-26 daripada 142 buah negara dari segi pengeluaran per kapita berdasarkan data Agensi Tenaga Antarabangsa terkini yang diA�sebabkan oleh saiz dan populasi yang padat, menurut kerajaan.

Heng berkata, cukai karbon baharu akan menggalakkan perniagaan mengambil langkah untuk mengurangkan pelepasan, menjadikan mereka lebih berdaya saing kerana had ketat dikenakan oleh lebih banyak negara apabila ia dikuatkuasakan di peringkat antarabangsa nanti.

Kerajaan akan memberi soA�kongan kepada syarikat-syarikat untuk membantu mereka menjadi pengguna tenaga yang cekap, tambahnya.

Singapura menjangka meA�ngutip pendapatan cukai karbon hampir S$1.0 bilion (2.96 bilion) dalam tempoh lima tahun pertama, tetapi kerajaan bersedia untuk berbelanja lebih daripada itu untuk membantu syarikat, kata beliau. a�� AFP

 

Next Post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.