25 °c
Kuala Lumpur
Saturday, July 21, 2018

283 Peserta e-Kasih Terima Perlindungan Takaful Percuma

Seramai 283 golongan kurang berkemampuan yang mendaftar dengan program e-Kasih menerima Pelan Perlindungan Mikrotakaful Jariyah secara percuma dalam satu majlis di Kuala Lumpur hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, inisiatif tersebut pertama kali diusahakan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama PruBSN Prihatin sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR).

a�?Pelan pelindungan ini dapat membantu mengurangkan beban mereka dalam menguruskan kewangan sekiranya berlaku kematian ke atas ketua keluarga.

a�?Kerajaan berharap usaha murni ini dapat diteruskan dan diperluaskan di seluruh negeri demi kesejahteraan rakyat,a�? katanya ketika berucap merasmikan program tersebut.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah ICU Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zolkopli Dahalan dan Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Rosida Jaafar. – UTUSAN ONLINE

 

Next Post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.