26 °c
Kuala Lumpur
Wednesday, September 26, 2018

Bank Islam Tingkatkan Taraf Hidup Komuniti

Bank Islam Malaysia Berhad telah menyalurkan sebanyak RM7.34 juta kepada Projek Bantuan Rumah Bank Islam sejak 2008 bagi meningkatkan kualiti dan taraf hidup komuniti di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Khairul Kamarudin berkata, sebanyak 269 keluarga telah menerima manfaat daripada program tersebut.

Menurut beliau, projek berA�kenaan dilaksanakan melalui penyaluran sumbangan zakat untuk membina dan membaik pulih rumah keluarga terpilih yang kurang bernasib baik.

a�?Kenaikan harga rumah di pasaran telah menyukarkan lagi rakyat yang berada di bawah garis kemiskinan untuk memiliki rumah.

a�?Bank Islam peka dan prihatin terhadap situasi yang berlaku dan berusaha untuk membantu golongan ini memiliki tempat yang selamat untuk berlindung,a�? katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam.

Menurut Khairul, baru-baru ini Bank Islam telah membina empat rumah baharu di Yan, Kedah untuk diberikan kepada keluarga yang layak.

Katanya, bantuan berkenaan disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam majlis pengumuman pembukaan pusat perkhidmatan Bank Islam cawangan Sungai Limau.

Beliau berkata, cawangan Sungai Limau merupakan yang ke-149 di Malaysia dan ke-14 di Kedah.

a�?Cawangan ini dijangka beroperasi pada Jun ini selepas pembukaan cawangan Sik pada Mei ini.

a�?Bank Islam akan meluaskan perkhidmatan perbankan Islam kepada lebih 70,000 penduduk di sekitar Yan apabila cawangan baharu ini dibuka kelak,a�? kata beliau. – Utusan Online

 

Next Post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.