23 °c
Kuala Lumpur
Saturday, October 20, 2018

UCB Gerak Program Amal Kasih Ramadan

Kolej Universiti Bestari (UCB) di SetiuA� meneruskan kegiatan tradisi tahunannya dengan menggerakkan program Amal Kasih Ramadan bagi menyuburkan amalan menyumbang dalam kalangan warganya.

Hari ini A�UCB yang diwakili kakitangan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEPA) membawa kegembiraan menjelang ketibaan Ramadan kepada A�10 keluarga kurang berkemampuan di Kampung Gong Batu, di sini apabila mengunjungi mereka.

Program Amal Kasih Ramadan UCB itu diketuai Timbalan Naib Canselor HEPA, Pengajian Siswazah dan Penyelidikan, Prof. Dr. Sulaiman Yamin dan enam kakitangan.

a�?Sebanyak RM1, 000 diperuntukkan hari ini untuk membeli barangan keperluan dapur yang disumbangkan kepada 10 penerima dalam bentuk hamper apabila kami menjengah kehidupan mereka.

a�?Progam ini menjadi acara tahunan kami sebelum menyambut bulan puasa dengan sasaran diA�rumah-rumah yang dihuni rumah warga emas, pesakit dan kalangan orang kurang upaya,a�? katanya.

Beliau berharap program ini dapat meringankan sedikit beban penerima bagi menyambut Ramadan selain mendekatkan lagi hubungan UCB dengan masyarakat setempat di daerah ini.

Antara merka yang diziarah ialah kalangan warga emas yang uzur iaitu Awang Idris, 90, Idris Ahmad, 81, A�Shafie Chik, 60, dan Wan Abdul Kadir Wan Nik, 62. -UTUSAN ONLINE

 

Next Post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.