27 °c
Kuala Lumpur
Monday, June 18, 2018

BDB Sampaikan Zakat

Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) terus komited dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyampaikan sumbangA�an zakat kepada 25 golongan asnaf dari seluruh Kedah.

Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed berkata, penerima terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan, anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas serta mereka yang menghidap peA�nyakit kronik.

a�?Kumpulan BDB memperuntukkan sebanyak RM44,475 wang zakat perniagaan yang dikembalikan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan kesemua mereka menerima wang tunai sebanyak RM1,779.00 setiap seorang.

a�?Kami mengenal pasti golongan asnaf yang boleh dibantu menerusi laporan di akhbar tempatan serta bekerjasama dengan pemimpin masyarakat dalam usaha mencari mereka yang memerlukan sumbangan,a�? katanya dalam kenyataan di sini.

Upacara penyampaian sumbangan disempurnakan Pengerusi Kumpulan BDB, Datuk Paduka Rasli Basir di Menara BDB di sini hari ini.

Untuk rekod, Kumpulan BDB memperuntukkan wang zakat perniagaan kepada golongan asnaf semenjak tiga tahun dahulu ialah RM212,500 (2014), RM296,250 (2016) dan RM477,375 (2017).

Tambah Sajahan, BDB menyeru agar orang ramai dan pemimpin masyarakat untuk bekerjasama dengan BDB dalam usaha mencari dan membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Jelas beliau, BDB sebagai syarikat milik kerajaan negeri meletakkan CSR sebagai salah satu asas penting syarikat dalam usaha membantu serta meringankan beban rakyat di bawah menerusi program-program yang dirancang sepanjang tahun.

a�?Oleh itu, saya mengharapkan orang ramai dan juga rakan-rakan media dapat mengetengahkan lebih ramai mereka yang kurang berkemampuan dan juga upaya untuk membolehkan Kumpulan BDB membantu mereka,a�? ujarnya. – Utusan Online

 

Next Post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.