27 °c
Kuala Lumpur
Friday, June 22, 2018

MINDA : Hala Tuju MCA, MIC Selepas PRU-14

Oleh Ammar Jazlan Mad Lela

 

PILIHAN Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang berakhir lebih seminggu lalu sememangnya cukup bersejarah dalam sistem demokrasi di Malaysia.

Ini kerana buat kali pertama dalam tempoh enam dekad, gabungan pembangkang yang diterajui Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan selepas menewaskan Barisan Nasional (BN).

PH berjaya memperoleh sebanyak 113 daripada 222 kerusi Parlimen manakala BN pula sekadar memperoleh sebanyak 79 kerusi.

Fenomena yang disifatkan sebagai tsunami rakyat dalam kalangan pemerhati politik itu juga menyebabkan BN hanya berkuasa di tiga buah negeri iaitu di Perlis, Pahang dan Sarawak.

UMNO, tunjang kepada BN, hilang 34 kerusi apabila hanya menang 54 kerusi, berbanding 88 kerusi pada PRU-13.

Ekoran prestasi buruk itu, tidak hairanlah UMNO sudah pun memulakan langkah pemulihan menerusi peletakan jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden dan Pengerusi BN.

Jawatan Najib kini disandang oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid manakala Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menggalas jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi BN.

Apa yang pasti, kemerosotan sokongan terhadap BN tidak sekadar melibatkan UMNO semata-mata tetapi dua parti komponen utama iaitu MCA dan MIC

Pada pilihan raya kali ini, prestasi MCA menyusut daripada tujuh kepada satu kerusi manakala MIC pula daripada empat kepada dua kerusi.

Hakikat itu, mendorong Presiden MIC, Datuk Seri. Dr. S. Subramaniam menyatakan hasrat untuk tidak mempertahankan jawatan tersebut pada pemilihan parti Oktober nanti.

a�?Saya tidak akan bertanding tetapi berharap lebih ramai ahli dalam kalangan generasi muda akan mengambil bahagian dalam pemilihan parti kali ini,a�? katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga dilihat senada dengan rakan komponennya itu apabila dijangka tidak mempertahankan jawatannya itu pada pemilihan parti akan datang.

Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara, Prof Madya Dr. C. Saraswathy berkata, keputusan PRU-14 merupakan isyarat bahawa sesebuah parti politik dan pucuk pimpinan perlu memahami kehendak dan hasrat rakyat.

Katanya, biarpun terdapat pelbagai inisiatif dan pembangunan yang dirangka namun tidak bermakna sekiranya parti atau pemimpin terbabit berada jauh daripada rakyat.

a�?Rakyat sekarang semakin bijak dalam membuat pemilihan. Semua pemimpin terpaksa bekerja keras mengikut indeks prestasi masing-masing kerana rakyat akan membuat penilaian dan menentukan kerajaan mana yang mampu memberi kebaikan kepada mereka.

a�?Faktor muhasabah diri juga amat penting untuk menilai kekurangan-kekurangan yang berlaku pada PRU lepas,a�? katanya.

Ditanya mengenai sama ada MIC atau MCA masih relevan dalam kancah politik pada hari ini, Sara memberitahu, semuanya bergantung transformasi yang bakal dilaksanakan kelak.

Katanya, berdasarkan keputusan PRU-13, pengundi Cina dan India didapati mengundi mengikut parti politik yang berbentuk pelbagai etnik.

a�?Ini adalah perubahan besar di alam amalan demokrasi di Malaysia di mana kita melihat peralihan dari pendekatan tradisional yang berbentuk perwakilan parti politik.

a�?Pada PRU-14, kita lihat terdapat 16 perwakilan India dipilih berbanding 11 pada PRU-13 dan hanya dua daripadanya dari MIC yang mewakili BN,a�? katanya.

Cabaran politik

Jelasnya, kepimpinan kedua-dua parti komponen itu perlu bersedia dengan cabaran politik baharu.

a�?Politik sekarang bukan politik 60 tahun dahulu kerana Malaysia telah mengalami satu perubahan yang agak drastik selepas PRU-14.

a�?Kita melihat bagaimana kematangan pengundian dan kebangkitan peranan masyarakat sivil selepas era BN.

a�?Apa yang kita lihat, perjuangan asas iaitu meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan pemimpin di samping pemimpin yang bersikap terbuka dan sentiasa untuk dikritik,a�? katanya.

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Zaid Ahmad berkata, tsunami politik yang berlaku kali ini melampaui garis etnik dan melibatkan pelbagai kaum.

a�?Jika bersandarkan keputusan PRU-14, jelas membuktikan parti politik berasaskan kaum dan etnik seperti UMNO, MCA dan MIC semakin ditolak oleh rakyat.

a�?Di dalam PH, tak ada parti politik berasaskan kaum dan ini mungkin salah satu faktor yang menjadi tarikan kepada pengundi.

a�?Ini kerana mereka melihat beberapa isu lain yang lebih besar seperti peningkatan kos sara hidup, cukai barangan perkhidmatan dan sebagainya berbanding isu kaum atau parti,a�? katanya.

Tambah Zaid, prestasi UMNO dilihat lebih baik kerana masih mendapat sokongan kaum Melayu berbanding MCA dan MIC yang ditolak oleh kedua-dua kaum berkenaan.

a�?Hakikatnya, kekuatan kedua-dua parti berkenaan banyak bergantung kepada UMNO. Jika UMNO bangkit semula dan diperkasakan maka tidak mustahil MCA dan MIC juga akan terkena tempiasnya.

a�?Bagaimanapun, usaha itu tidak datang dalam sekelip mata dan banyak perlu dilakukan untuk mengenal pasti segala kelemahan-kelemahan yang timbul,a�? katanya.

Jelasnya, sebagai sebuah parti politik yang berasaskan kaum, MCA dan MIC perlu meraih semula sokongan rakyat pada semua peringkat.

a�?Ketika ini, siapa yang mampu menjuarai isu-isu dan permasalahan rakyat, parti itu akan disokong. Ini kerana rakyat menilai apa yang dilakukan oleh para pemimpin mereka,a�? katanya.

  • Penulis adalah wartawan Kosmo Online.

Next Post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.