30 °c
Kuala Lumpur
Monday, October 22, 2018

UMNO Pembangkang Terkuat Di Parlimen

KEKALAHAN Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dianggap satu tamparan hebat buat parti itu.

Biarpun tewas secara kolektif dengan hanya memenangi 79 daripada 222 kerusi Parlimen, UMNO yang menunjangi BN tetap menjadi tonggak selepas memenangi paling banyak kerusi di peringkat Parlimen berbanding parti komponen BN lain iaitu sebanyak 54.

Melihat situasi itu, ramai mula mempertikaikan masa depan UMNO dan tidak kurang juga berasa gundah mengenai perjuangan parti itu hingga mengambil keputusan meninggalkan bahtera perjuangan.

Sebagai parti terbesar untuk orang Islam dan Melayu di Malaysia, kekuatan UMNO terletak pada rangkaian parti dan jaringannya yang begitu luas di peringkat akar umbi di seluruh negara.

Ketua Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Muhammad Takiyuddin Ismail berkata, hal itu berupaya memberi pelindungan psikologi kepada orang Melayu kerana pendiriannya yang mempertahankan Islam.

a�?Justeru, kepada orang Melayu khususnya di luar bandar, UMNO masih menjadi pilihan,a�? katanya kepadaA�JurnalA�baru-baru ini.

Tambahnya, kekuatan UMNO di bawah BN juga terletak kepada sistem naungan dan amalan politik berasaskan sentuhan peribadi yang mungkin tidak mampu disaingi PH buat masa ini.

Menurutnya, penaungan dan kempen yang berbentuk sentuhan peribadi seperti kelompok kecil yang berkempen dan melawat rumah ke rumah merupakan strategi penting UMNO sejak sekian lama.

a�?UMNO mempunyai sumber dan kakitangan yang ramai khususnya di luar bandar dan dalam kalangan wanita. Dari segi gerak kerja, UMNO lebih baik berbanding PH.

a�?Inilah yang menyebabkan UMNO tidak terlalu bergantung kepada kempen seperti ceramah umum dan sebagainya. Pemerhatian saya dalam kempen PRU-14 turut mendapati beberapa calon PH sendiri berasa kagum dengan jentera kempen UMNO,a�? katanya.

Cabaran getir

Kelebihan BN antara lain turut terletak pada struktur parti yang turut didukung MCA, MIC serta parti-parti komponen di Sabah dan Sarawak yang membuatkannya kuat di peringkat akar umbi.

Begitu pun, prestasi MCA dan MIC yang semakin merosot perlu diperbetulkan di semua peringkat agar kekuatan yang pernah dimiliki sebelum ini mampu memenangi semula hati rakyat.

Profesor Madya di Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Sarjit Singh menyifatkan cabaran getir menanti MIC dalam memastikan kewujudannya terus relevan terutama dalam memperjuangkan nasib orang India.

a�?Kekalahan teruk parti itu antara lain disebabkan kegagalan mereka memahami dan mengurus masalah rakyat secara telus selain rakyat muak dengan sandiwara parti.

a�?Masyarakat India hari ini semakin matang dan mahukan pembaharuan menyeluruh agar isu-isu seperti kemiskinan dapat diatasi secara holistik,a�? katanya.

Ketua Wanita MCA Cheras, Datin Agnes Heng pula berkata, tugas berat turut digalas MCA untuk menjadi parti masa depan agar kekal relevan mengikut situasi politik semasa.

a�?Untuk berbuat demikian, setiap parti dalam BN termasuk MCA mesti menambah baik kedudukannya dengan berpegang teguh kepada tujuan berkenaan,a�? katanya.

Mengulas mengenai kekuatan PKR dan DAP sebagai parti dominan dalam PH, Muhammad Takiyuddin memberitahu, kedua-duanya menggunakan formula yang menumpukan kepada isu-isu politik seperti urus tadbir baik, rasuah, korupsi, ketelusan, keterbukaan, penghormatan terhadap hak asasi dan demokrasi yang lebih menambat golongan muda serta masyarakat bandar.

Selain itu, kehadiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pemimpin sezaman seperti Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Rais Yatim dan Tun Daim Zainuddin memberi isyarat bahawa terdapat kepimpinan padu yang menerajui PH seterusnya menjadi sumber kekuatan kepada parti berkenaan.

a�?Mereka juga lebih banyak memanfaatkan media baharu dan media sosial yang lebih digemari oleh golongan pengundi bandar dan muda dalam mendapatkan maklumat,a�? katanya.

PH mungkin nampak memiliki kelebihan daripada aspek berkenaan, namun PKR dan DAP masing-masing tidak mampu menyaingi UMNO dari segi kemenangan kerusi di Parlimen secara bersendirian.

Pada PRU-14, PKR memenangi 49 kerusi, diikuti DAP (42), PPBM (12) dan Amanah (11). Ia sedikit sebanyak memberi signal betapa rapuhnya kedudukan Mahathir selaku Perdana Menteri ketujuh kerana PPBM sekadar meraih 12 kerusi Parlimen.

Kerencaman ideologi

Di sini, ia turut memperlihatkan bahawa PH bukanlah perikatan yang kohesif dan masih lemah dari segi kekuatan organisasi serta jentera.

Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Sains Malaysia, Dr. Azmil Mohd. Tayeb berkata, PPBM mungkin tidak semantap UMNO kerana ia parti baharu dan tiada waktu untuk mengakar umbi dalam masyarakat.

a�?Bagaimanapun, status PPBM sebagai parti kerajaan membolehkan parti itu menyalurkan dana pembangunan dan lain-lain bantuan ke masyarakat sekali gus menguatkan lagi posisi politik mereka,a�? katanya.

Mengulas lanjut, Azmil berkata, PH juga memerlukan seorang figura yang boleh menyatukan kerencaman ideologi dan agenda antara parti-parti komponennya.

a�?Sekarang figura tersebut ialah Mahathir dan selepas ini Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya kira percakaran antara parti-parti PH juga akan berkurangan kalau dibandingkan ketika Pakatan Rakyat (PR) dahulu.

a�?Isu hudud yang diperjuangkan Pas sebagai parti komponen memecahbelahkan PR dan akhirnya Pas keluar daripada gabungan itu.

a�?Sekarang isu itu tidak lagi menjadi agenda utama mana-mana parti komponen PH, jadi akan berkurangnya potensi untuk berlaku konflik,a�? katanya. — KOSMO ONLINE

Next Post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.