25 °c
Kuala Lumpur
Friday, August 17, 2018

Raja Muda Selangor Serah Sumbangan YIDE

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) yang dipertanggungjawabkan menA�jaga hal ehwal kebajikan anak yatim di Selangor memulakan siri jelajah menyalurkan sumbangan Hari Raya Aidilfitri untuk golongan tersebut di daerah ini hari ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YIDE, Nur Mohd. Razali Abdullah berkata, sumbangan kepada anak-anak yatim pada tahun ini melibatkan empat daerah iaitu Kuala Selangor, Klang, Hulu LaA�ngat dan Hulu Selangor.

a�?YIDE merupakan organisasi penuh di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang diamanahkan menjaga hal ehwal kebajikan anak-anak yatim khususnya berkenaan sumbangan Hari Raya Aidilfitri.

a�?Selain itu, kita juga berpeA�ranan menyalurkan sumbangan kecemasan kepada mangsa-mangA�sa yang menghadapi muA�sibah seperti kebakaran dan banjir dengan memberikan kit barangan keperluan harian dan wang tunai,a�? katanya dalam majlis penyerahan yang berlangsung di Masjid Jamek Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 678 anak-anak yatim di daerah ini menerima wang tunai RM100 bagi membantu persiapan menyambut hari raya.

Dalam majlis tersebut, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM67,800 kepada anak-anak yatim.

Baginda turut berkenan menunaikan solat Zuhur berjemaah bersama rakyat.

Turut berlangsung tazkirah yang disampaikan oleh Muhammad Hafiz Mohd. HaneefaA�yang lebih dikenali sebagai PU Hafiz. – Utusan Online

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.