27 °c
Kuala Lumpur
Monday, June 18, 2018

Pelabur Asing Terkejut Keputusan PRU14 Bawa Keluar RM2.48 Bilion Ekuiti

Pelabur asing yang masih terkejut dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) telah menarik keluar ekuiti tempatan bernilai RM2.48 bilion pada minggu lepas.

Menurut MIDF Research, ia merupakan aliran keluar dana ekuiti tempatan terbesar sejak minggu akhir 23 Ogos 2013 deA�ngan nilai aliran keluar ketika itu bernilai RM2.90 bilion.

Katanya, hari dagangan pertama di Bursa Malaysia selepas PRU-14 menyaksikan aliran keluar bersih sebanyak RM682.6 juta, walau bagaimanapun nilai dagangan pada hari tersebut adalah yang tertinggi yang pernah direkodkan iaitu sebanyak RM7.30 bilion.

Jualan asing pada hari Selasa lalu terus menyusut RM837.3 juta, yang terbesar dalam tempoh sehari sejak awal Februari 2018.

a�?Pelabur antarabangsa kekal dalam mod a�?juala�� pada minggu PRU-14 yang lalu selepas Bursa Saham hanya beroperasi pada Isnin dan Selasa.

a�?Data awal yang diperoleh daripada Bursa Malaysia mendapati jumlah bersih yang ditarik keluar oleh pelabur asing pada dua hari dagangan tersebut berjumlah RM504.8 juta, melebihi daripada RM438.4 juta pada minggu sebelumnya,a�? katanya dalam nota kajian di sini hari ini.

Pada Rabu minggu lalu, aliran keluar asing meruncing kepada RM320.7 juta apabila pelabur menyambut baik pembaharuan pasca PRU-14 termasuk pengumuman pengurangan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada sifar peratus berkuat kuasa 1 Jun selain pengampunan yang diberikan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

FBM KLCI kemudian meA�lonjak 0.54 peratus lebih tinggi dalam tempoh dagangan lapan hari kepada 1,858 mata berikutan aktiviti pembelian oleh peruncit dan peningkatan keyakinan dana tempatan yang berterusan.

a�?Berikutan tekanan jualan yang sengit, jumlah aliran maA�suk dana bersih terkumpul ke Malaysia telah berkurangan kepada RM40.2 juta, berbanding RM2.52 bilion sebelum PRU-14.

a�?Kami bagaimanapun yakin dan berhati-hati bahawa angka ini dapat meningkat secara beransur-ansur selepas keadaan politik kembali stabil,a�? katanya.

MIDF Research juga berkata, walaupun negara mencatatkan aliran keluar mingguan terbesar dalam kalangan empat pasaran ASEAN minggu lalu, Malaysia masih menjadi penerima utama aliran masuk asing.

Katanya, penyertaan asing kekal kukuh kerana nilai dagaA�ngan harian purata asing (ADTV) meningkat hampir 100 peratus kepada RM2.39 bilion, tertinggi dalam 24 minggu.

a�?Begitu juga, penyertaan dalam pasaran runcit dan insA�titusi adalah mantap kerana ADTV mereka mencapai tahap yang tidak dilihat dalam tempoh 18 minggu,a�? katanya.

Felda Global Ventures Bhd. (FGV) menyaksikan aliran keA�luar wang bersih terbesar sebanyak RM14.52 juta minggu lepas diikuti Petronas Dagangan Bhd. (PDB) dengan aliran keluar bersih kedua terbesar berA�jumlah RM13.12 juta maA�naA�kala IHH Healthcare Bhd. mencatatkan aliran keluar bersih ketiga terbesar sebanyak RM12.16 juta. – Utusan Online

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.