27 °c
Kuala Lumpur
Saturday, August 18, 2018

Ramadan Kali Ini Lebih Manis – Izreen

KALI pertama menyambut Ramadan sebagai pasangan suami isteri, pelakonA�Izreen Azminda, 33, akui berasa teruja berdampingan dengan Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, atau lebih dikenali sebagai Ude Wahid.

Mengakui semakin tenang melayari kehidupan berumah tangga, kehadiran bulan puasa yang disambut umat Islam pada 17 Mei lalu adalah lebih manis berbanding tahun-tahun terdahulu.

Bergelar ibu tunggal selama tiga tahun, Izreen akui, landskap hidupnya kini berubah setelah bergelar isteri kepada Ude sejak Ogos tahun lalu.

a�?Alhamdulillah, Ramadan kali ini lebih istimewa kerana sudah punya suami. Jika tidak, sebelum ini hanya berbuka dan bersahur dengan anak dan ibu sahaja.

a�?Memandangkan Ude berasal dari Johor, jadi masakan asam pedas ayam memang tak dapat dipisahkan.

a�?Jadi bulan puasa ini, saya cuba tunaikan permintaannya untuk merasa menu tersebut hasil air tangan saya sendiri,a�? kata Izreen.

Mengulas lanjut, Izreen akui sebelum ini dia tidak pernah memasak juadah berkenaan, namun pernah menikmatinya beberapa kali.

Dia juga bersyukur kerana Ude seorang yang tidak cerewet dalam memilih makanan.

a�?Apa sahaja lauk-pauk yang dihidangkan, dia akan makan asalkan pedas. Masakan ringkas pun tak ada masalah,a�? ujarnya.

Berbicara tentang aktiviti seni, aktres berkenaan tidak mengambil sebarang tawaran berlakon pada bulan ini kerana lebih gemar meluangkan masa bersama-sama keluarga.

a�?Masa Ramadan inilah waktu untuk berehat. Jika saya berlakon, susah nak bersama-sama keluarga terutama pada waktu berbuka.

a�?Bagaimanapun andai ada undangan untuk memeriahkan rakaman program televisyen atau acara-acara hiburan, saya tiada masalah kerana tidak memakan masa yang lama,a�? katanya.

Rezeki jadi duta Magika

Sementara itu, kontroversi yang dihadapi Izreen berhubung statusnya sebagai isteri kedua Ude yang merupakan suami Intan Liana Saleh sebelum ini agak heboh diperkata oleh khalayak.

Tidak keterlaluan, ramai yang menyalahkan pelakon siri drama Juvana itu sebagai punca keruntuhan rumah tangga antara Ude dan Intan apatah lagi pasangan tersebut telah dikurniakan dua cahaya mata yang masih kecil.

Enggan memberi sebarang komen terhadap perkara yang telah berlalu dan dianggap basi, Izreen memohon para peminat mendoakan kebahagiaan mereka.

Diajukan pertanyaan berkaitan zuriat, Izreen dan Ude menyerahkan soal itu kepada Allah dalam menentukan rezeki mereka menimang anak.

a�?Kami tidak merancang. Kalau cepat, alhamdulillah. Jika lewat, kami perlu belajar bersabar. Lagipun masing-masing sudah ada anak hasil perkahwinan terdahulu,a�? ujar Izreen.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Izreen dikurniakan seorang anak lelaki, manakala Ude pula memiliki dua orang anak lelaki.

a�?Cuma kali ini kalau boleh, kami mahukan anak perempuan,a�? ujar Ude mencelah.

Dalam pada itu, Izreen memanjatkan rasa syukur atas pelantikannya sebagai duta produk kecantikan dan kesihatan jenama Magika.

a�?Meskipun terpalit dengan cerita-cerita panas, saya yakin setiap hamba-Nya telah diaturkan rezeki sebaik-baiknya.

a�?Terima kasih kepada pihak Magika kerana memilih saya sebagai duta bagi salah satu produknya iaitu Magika Argan Cleansing Flakes atau MACF,a�? katanya.

MACF, menurut Izreen, adalah produk dwifungsi iaitu sebagai pencuci muka dan juga penanggal solekan.

a�?Ini adalah produk unik kerana yang pertama seumpamanya di Malaysia,a�? tambahnya. – Utusan Online

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.