26 °c
Kuala Lumpur
Wednesday, September 26, 2018

400 Penumpang Terkandas Lebih Tujuh Jam Di Perairan Kuala Perlis

Kira-kira 400 penumpang terpaksa menunggu lebih tujuh jam selepas feri yang dinaiki mereka dari Pulau Langkawi terkandas di perairan Kuala Perlis akibat terlanggar beting pasir dalam kejadian di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, feri dua tingkat tersebut dalam perjalanan dari Jeti Kuah, Langkawi, Kedah menuju ke Kuala Perlis.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku kira-kira 100 meter dari jeti Kuala Perlis akibat laut surut dan mereka terpaksa menunggu air pasang dijangka pada pukul 2 pagi ini untuk membolehkan perjalanan diteruskan.

Sementara itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)

Kuala Perlis telah menghantar bot peninjau bagi memeriksa keadaan feri yang terkandas itu sebentar tadi.

Menurut Jurucakap Maritim Malaysia Kuala Perlis, pihaknya kini masih menunggu arahan daripada pihak atasan bagi memberikan bantuan.

“Setakat ini, kami hanya diarahkan untuk menghantar bot peninjau bagi memerhatikan keadaan feri yang tersangkut itu.

“Hasil pemerhatian, kita dapati bahagian bawah feri tersebut tersangkut dan terpaksa menunggu air pasang bagi membolehkan perjalanan diteruskan,” katanya.

Dalam pada itu, seorang penumpang, Wahab Harun,56,berkata, keadaan dalam feri tersebut tenang dan terkawal meskipun kebanyakkan mereka terpaksa menunggu dalam tempoh lama.

Katanya, dia tidak menyangka feri tersebut boleh tersangkut di perairan sedangkan pada masa itu hanya kira-kira 100 meter sahaja lagi untuk sampai ke jeti Kuala Perlis.

“Selepas melihat feri yang berhenti secara tiba-tiba, para penumpang menjadi hairan kerana mereka masih belum tiba di jeti pada masa itu.

“Kemudian seorang kru feri turun ke dek penumpang bagi memaklumkan bahawa feri yang kami naiki tersangkut akibat fenomena air surut.

“Saya bersama penumpang lain terpaksa menunggu bantuan tiba dan berharap air pasang berlaku secepat mungkin. Kami mula tersangkut sejak pukul 8.30 malam dan kini menunggu pihak pengurusan feri menghantar bot bantuan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.