24 °c
Kuala Lumpur
Monday, July 23, 2018

Ahli Parlimen Tinggalkan UMNO Tidak Bermaruah

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi secara tegas menyifatkan ahli Parlimen yang meninggalkan parti tersebut sebagai tidak bermaruah.

Ahmad Zahid berkata, hal ini kerana kemenangan yang diraih mereka bukan disebabkan oleh kapasiti individu sebaliknya kerana bantuan parti serta ahli akar umbi.

Di samping itu, beliau turut menyokong penuh desakan yang dilakukan oleh ketua-ketua sayap supaya ahli Parlimen terbabit melepaskan jawatan.

“Kita mempunyai pendirian bahawa ahli Parlimen UMNO yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) bukan menang atas kapasiti sendiri.

“Jika mereka merupakan ahli Parlimen yang bermaruah mereka haruslah meletakkan jawatan dan sanggup menghadapi pilihan raya kecil jika diadakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pertama di Menara Dato Onn, di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, tiga Naib Presiden baharu iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Hadir sama Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad dan Ketua Puteri UMMO, Datuk Zahida Zarik Khan. – UTUSAN ONLINE

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.