26 °c
Kuala Lumpur
Tuesday, November 13, 2018

Tiga Jawatankuasa Khas UMNO Ditubuhkan

Tiga jawatankuasa khas yang baharu akan ditubuhkan UMNO dalam usaha mengembalikkan kepercayaan dan sokongan rakyat terhadap parti itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jawatankuasa pertama yang diketuai Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan akan melihat secara keseluruhan aku janji ketiga-tiga calon presiden sebelum ini termasuk Khairy Jamaluddin dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Manakala jawatankuasa kedua yang diketuai Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr. Zambry Abd.Kadir kata beliau akan menjalankan penyelidikan berkaitan semua isu dalam negara termasuk hal berkaitan politik.

“Selain itu kita turut menubuhkan satu jawatankuasa perundangan yang diketuai Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Azalina Othman Said untuk menangani dan membantu tokoh-tokoh UMNO dalam hal berkaitan undang-undang.

“Beliau (Azalina) akan memberi input kepada mereka yang memerlukan perkhidmatan menerusi syarikat guamannya dan beberapa syarikat yang lain nanti,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pertama di Menara Dato’ Onn, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, tiga Naib Presiden baharu iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Hadir sama Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad dan Ketua Puteri UMMO, Datuk Zahida Zarik Khan. – UTUSAN ONLINE

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.