24 °c
Kuala Lumpur
Monday, July 23, 2018

Siapa Jumpa Perancis Di Final?

Perancis mara ke pentas akhir Piala Dunia buat kali ketiga selepas edisi 1998 dan 2006 apabila menumpaskan Belgium 1-0 menerusi jaringan Samuel Umtiti di babak kedua, sebentar tadi.

Dalam perlawanan di Stadium St. Petersburg itu, bek tengah skuad Les Blues tersebut bijak muncuri ruang pemain tengah Belgium, Marouane Fellaini untuk menanduk masuk bola hasil sepakan sudut Antoine Griezmann pada minit ke-51.

Jaringan Umtiti itu merupakan bolos pertama Belgium menerusi sepakan sudut di Piala Dunia sejak tahun 1994 ketika menentang Jerman.

Hanya Jerman dan Itali yang paling banyak melangkah ke pentas akhir dalam kelompok Eropah dengan masing-masing lapan dan enam.- AGENSI

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.