23 °c
Kuala Lumpur
Saturday, October 20, 2018

William Sanggup Beri Laluan Untuk Anwar Bertanding Di Parlimen Selayang

Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen sanggup memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya diminta untuk melepaskan kerusi yang disandangnya itu.

Beliau berpandangan, Anwar yang dianggap menjadi mangsa politik berhak diberi peluang itu.

Walau bagaimanapun, William menafikan tahu tentang perkara itu serta mengesahkan tiada perbincangan lanjut berhubung kerusi Parlimen Selayang antara beliau dan Anwar.

“Perkara ini tidak wujud dan tiada perbincangan antara saya dan Anwar. Saya juga tidak tahu bagaimana khabar angin ini tersebar, mungkin ini berita palsu.

“Kalau diminta saya rasa semua 51 ahli Parlimen (PKR) akan beri laluan. Malah, jika saya diminta, saya sanggup,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan kononnya kerusi Parlimen Selayang akan dilepaskan kepada Anwar.

Ironinya, isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar mengesahkan tidak akan melepaskan kerusi Parlimen masing-masing untuk memberi laluan kepada Presiden PKR itu.

William menambah, kesediaannya memberi laluan kepada Anwar itu bukan bermakna beliau tidak menghormati undi yang diberikan rakyat memandangkan semua calon Pakatan Harapan bertanding di bawah lambang yang sama dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu. – UTUSAN ONLINE

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.