30 °c
Kuala Lumpur
Saturday, August 18, 2018

Kekalkan Program Yang Baik Dilaksanakan Kerajaan Dahulu – Sultan Johor

Sultan Johor mengingatkan Pakatan Harapan (PH) yang mentadbir negeri ini supaya mengekalkan mana-mana program yang baik dilaksanakan pentadbiran dahulu.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, program-program yang baik perlu ditambah baik dan tidak perlu dihentikan terus.

Baginda juga bertitah, setiap program yang akan dilakukan perlu dibincangkan dengan semua pihak yang terlibat bagi menghasilkan satu pelan tindakan dipersetujui bersama-sama.

“Fikirkan tentang kesan jangka panjang dan implikasi kewangan yang terlibat dan bukan hanya untuk meraih sokongan politik.

“Setiap Ahli Dewan juga hendaklah bersikap terbuka dan mendengar pendapat orang lain, bukannya terus menolak segala cadangan yang tidak selari dengan kehendak politik atau kepentingan diri,” titahnya.

Sultan Johor bertitah demikian semasa merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.