30 °c
Kuala Lumpur
Saturday, August 18, 2018

Ahmad Zahid, Isteri Berangkat Tunaikan Haji

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji, hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid dalam akaun Twitter miliknya turut memohon maaf atas segala ketelanjuran dan kelemahan yang mungkin telah dilakukan sebelum ini.

Beliau juga mendoakan agar semua sahabat dan temannya turut sama mendapat jemputan untuk mengerjakan ibadah tersebut pada masa akan datang.

“Assalamualaikum WBT, hari ini saya berangkat ke Tanah Suci mengerjakan haji bersama isteri tercinta. Saya memohon maaf atas keterlanjuran dan kelemahan yang mungkin ada selama ini.

“Saya doakan agar semua sahabat dan teman akan mendapat jemputan menjadi tetamu Allah satu masa nanti,” katanya dalam kenyataan itu, hari ini.

Ahmad Zahid turut memuat naik video berdurasi kira-kira 45 saat yang memaparkan suasana di kediamannya bersama keluarga sebelum beliau dan isteri berlepas ke Tanah Suci.

Turut kelihatan, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. – UTUSAN ONLINE

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.