30 °c
Kuala Lumpur
Monday, October 22, 2018

Kenyataan Melayu Pendatang, Kula Segaran Terus Dikecam

Kira-kira 100 penduduk berhimpun di hadapan bangunan UMNO Bahagian Larut mengecam kenyataan Naib Pengerusi DAP, M. Kula Segaran yang menyifatkan orang Melayu sebagai pendatang.

Himpunan itu juga yang bertujuan mendesak Kula Segaran meletak jawatannya sebagai Menteri Sumber Manusia turut disertai enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu.

Koordinator program, Mohd. Anuar Ariffin berkata, kenyataan Kulasegaran yang merupakan Ahli Parlimen Ipoh Barat itu disifatkan sebagai amat biadap dan sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali oleh orang Melayu.

Malah katanya, apa yang diucapkan oleh ahli politik tersebut juga dilihat melampau sekali gus mencabar maruah orang Melayu di negara ini.

“Kenyataan beliau yang mendakwa penduduk asal Tanah Melayu ialah penganut beragama Hindu juga dianggap tidak tepat malah cuba memesongkan fakta yang diperakui tokoh sejarah tempatan.

“Beliau sepatutnya berhati-hati dalam mengeluarkan apa jua kenyataan kerana apa yang diperkatakannya sebelum ini terdapat unsur-unsur menghasut, menimbulkan ketegangan kaum dan ketidakstabilan daripada aspek keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program Himpunan Umat Melayu Larut di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.