28 °c
Kuala Lumpur
Thursday, September 20, 2018

ISU Presiden UIAM: Maszlee Enggan Layan Desakan

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik akan mempertahankan jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan menyatakan pendirian tegas tidak akan melayan desakan mana-mana pihak berhubung pelantikan tersebut termasuk daripada Gabungan Pembebasan Akademik Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Beliau berkata, hal ini kerana pelantikan tersebut didukung oleh Rektor UIAM, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak yang menekankan kepentingan menegakkan autonomi universiti tersebut dan sebarang keputusan tidak boleh diputuskan olehnya sendiri serta dibuat dalam ke­­­adaan terburu-buru.

Malah katanya, beliau akan mengadakan perbincangan de­ngan pihak pengurusan UIAM mengenai beberapa desakan yang dibuat terhadapnya sebelum ini.

“Saya mempunyai misi dan visi tersendiri dalam menjadikan UIAM sebagai salah sebuah ‘Universiti Oxford’ negara Islam. Saya juga ada komitmen sendiri terhadap universiti ini.

“Tambahan pula saya disokong oleh rektor dan dilantik sebagai Presiden UIAM oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Ketua Perlembagaan UIAM. Secara undang-undang, saya sudah menjadi Presiden (UIAM). Sebab itu saya perlu berunding dengan semua pihak di UIAM kerana lantikan ini dibuat bukan membabitkan keputusan saya,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan kira-kira 50 aktivis mahasiswa di sini, hari ini.

Terdahulu Maszlee turut berbincang bersama kumpulan mahasiswa terbabit yang mendesak beliau meletak jawatan sebagai Presiden UIAM dengan memberi masa selama tujuh hari untuk beliau berbuat demikian bermula hari ini.

Ketua pelajar terbabit, Asheeq Ali Sethi Alivi berkata, mereka akan menggerakkan lebih ramai pelajar jika Maszlee tidak meletak jawatan dalam tempoh tersebut.

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.