26 °c
Kuala Lumpur
Wednesday, November 21, 2018

MUKTAMAR PAS KE-64 : Kehadiran Presiden UMNO Catat Langkahan Kanan Politik Baharu UMNO-PAS

oleh wartawan BacalahMalaysia.com dan gambar oleh Media UMNO

 

Allah Maha Besar ! Allah Maha Besar ! Allah Maha Besar !

Kedengaran laungan zikir bergema kuat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

Kehadiran Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi jelas melakar satu jalinan politik perpaduan yang menggambarkan keakraban UMNO dan PAS pada saat ini.

Ramai pemerhati dan penganalisis politik tanah air berpandangan bahawa UMNO-PAS sebagai parti Melayu Islam terbesar perlu bergabung atas platform kelangsungan perjuangan Islam dan orang Melayu itu sendiri.

Hasil ke arah itu adalah langkahan sejarah baharu hubungan dua parti Melayu Islam terbesar di mana Ahmad Zahid memulakan langkah kanan permulaan apabila menghadiri Muktamar Tahunan PAS Pusat Ke-64 di sini pagi tadi.

Presiden UMNO adalah tetamu jemputan khas tiba kira-kira jam 8.30 pagi dengan disambut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali bersama Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan dan Ketua Dewan Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Sebelum itu, kehadiran pimpinan UMNO termasuk Ketua Pemudanya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Wanita, Datuk Dr. Noraini Ahmad dalam perasmian muktamar sayap PAS sebagai langkah pertama mewujudkan jalinan perpaduan politik.

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.