25 °c
Kuala Lumpur
Wednesday, November 21, 2018

Keluar UMNO Ketika Parti Diuji Bukan Sikap Terpuji – Presiden UMNO

Tindakan Datuk Seri Mustafa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman keluar daripada UMNO dengan alasan kelemahan parti disifatkan sebagai tidak wajar.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, atas alasan apapun tindakan mereka tidak sepatutnya dilakukan lebih-lebih lagi kedua-duanya dipilih sebagai wakil rakyat atas kepercayaan yang diberikan UMNO.

“Kita perlu mempunyai sikap yang ikhlas dan memiliki juang yang tinggi dalam memastikan kesinambungan perjuangan parti. Islam mendidik kita agar taat selagi mana kita tidak menyalahi apa yang dikehendaki oleh syarak.

“Meletakkan alasan kelemahan parti kerana agenda peribadi sesuatu yang tidak wajar dilakukan,” kata Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid berkata, walaupun kesal dengan tindakan Mustapa dan Anifah namun UMNO menghormati keputusan kedua-dua mereka dan mengucapkan selamat maju jaya.

Dalam pada itu Ahmad Zahid meminta agar semua pemimpin dan ahli UMNO di semua peringkat agar bertenang, berlapang dada, terus yakin serta memberi kepercayaan kepada pimpinan bagi menangani keadaan tersebut.

Beliau berharap tindakan kedua-dua pemimpin UMNO itu tidak melemahkan semangat ahli lebih-lebih lagi UMNO akan mengadakan perhimpunan agung hujung bulan ini.

“Saya harap isu ini tidak melemahkan apa lagi melumpuhkan UMNO. UMNO memerlukan loyalis parti untuk terus hidup. Biarlah yang setia kepada semangat perjuangan sahaja yang tinggal bersama UMNO.

“Kepada semua pimpinan dan ahli, kita mesti kekal terus bersatu pada dan bersama memastikan parti kekal releven dalam lanskap politik kian mencabar,” kata Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid berkata, UMNO merupakan sebuah perjuangan yang perlu diteruskan demi agama, bangsa dan negara.

Justeru beliau meminta ahli dan pimpinan merapatkan saf dan melakukan usaha bersama agar UMNO bangit semula menjadi parti yang kuat di Malaysia.-UTUSAN ONLINE

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.