25 °c
Kuala Lumpur
Wednesday, November 21, 2018

Rusia Salahkan Israel

Rusia menyalahkan Israel berikutan kehilangan pesawat tentera miliknya dan menyebabkan kesemua 15 anggota tentera dalam pesawat itu terkorban ketika melalui ruang udara Syria.

Rusia yang mengancam akan bertindak balas terhadap kejadian itu mendakwa juruterbang Is­rael melancarkan serangan ke kawasan di Syria dan ‘telah menggunakan pesawat Rusia sebagai ‘pelindung’ sekali gus mendedahkan pesawat berkenaan terhadap bedilan daripada tentera udara Syria.

Sebelum ini, jurucakap tentera Rusia, Igor Konashenkov berkata, jet pe­juang tentera Israel, F-16 membedil sasaran di Latakia, Syria semalam pada kira-kira pukul 10 ma­lam (7 malam waktu Malaysia) ketika pesawat Rusia, Il-20 hendak mendarat.

“Pesawat Il-20 yang mempunyai permukaan lebih besar berbanding F-16 telah ditembak jatuh oleh roket S-200.’’

“Ekoran tindakan tidak bertanggungjawab tentera Israel seramai 15 anggota tentera Rusia terkorban,’’ katanya.

Menurut beliau, Rusia men­yifatkan tindakan provokatif Israel itu sebagai ‘permusuhan’ dan Rusia berhak untuk bertindak balas.

Konashenkov berkata, Israel memaklumkan kepada tentera Rusia tentang rancangan untuk membedil sasaran di wilayah Latakia kira-kira seminit sebelum serangan dilakukan.

“Tempoh singkat itu tidak membolehkan pesawat Rusia untuk berada di zon selamat,’’ ka­tanya.

Operasi mencari dan menyelamat rangka pesawat itu masih diteruskan.

Terdahulu Kementerian Pertahanan Rusia memaklumkan, komunikasi dengan anak kapal pesawat Ilyushin Il-20 itu terputus sebaik sahaja pesawat itu melalui Laut Mediterranean pada pukul 11 malam (10 malam waktu Malaysia) semalam.

Kejadian itu berlaku kira-kira 35 kilometer dari pantai Syria ketika pesawat itu dalam pe­nerbangan pulang ke pangkalan udara Rusia, Hmeimin dekat bandar Latakia.

Agensi berita Tass melaporkan pesawat itu hilang daripada radar kawalan ketika empat jet F-16 milik Israel membedil kemudahan Syria di wilayah Latakia. – AFP/Agensi

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.