26 °c
Kuala Lumpur
Wednesday, November 21, 2018

MTUC Kecewa Dengan Gaji Minimum

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) terus menzahirkan rasa kecewa dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana kegagalan menunaikan kenaikan gaji minimum seperti diharapkan.

Lebih-lebih lagi selepas mendengar ucapan Dr. Mahathir pada Sesi Perbahasan Umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sesi yang ke-73 (UNGA) di New York minggu lalu.

Setiausaha Agung MTUC, J. Solomon memberitahu, apa yang diucapkan Dr. Mahathir itu agak bertentangan dengan prinsip dinyatakan apabila golongan pekerja hanya menerima kenaikan gaji minimum sebanyak RM50 sahaja apabila dilaksanakan pada Januari tahun depan.

“Melihat kepada ucapan Dr. Mahathir di UNGA, kerajaan ini tertakluk kepada mendukung prinsip kebenaran, hak asasi manusia, undang-undang, keadilan, kesaksamaan, kebertanggungjawaban dan kemampanan untuk memastikan perkongsian kemakmuran serta kekayaan negara diagih sama-rata.

“Sebagai tambahan, kami tidak nampak alasan kerajaan akan terbeban dengan meningkatkan kadar gaji minimum memandangkan sektor swasta yang telah menjana keuntungan tinggi yang dijangka akan menanggung peningkatan kos berkenaan,” kata beliau dalam kenyataan di sini.

Sehubungan dengan itu, Solomon memohon supaya kerajaan menyemak semula peningkatan kadar gaji minimum yang telah diumumkan untuk memastikan golongan pekerja bebas daripada penindasan gaji selama enam dekad ini. – UTUSAN ONLINE

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.