25 °c
Kuala Lumpur
Sunday, November 18, 2018

PRK PARLIMEN PORT DICKSON : Anwar Terjejas ?

oleh wartawan BacalahMalaysia.com

 

Yang mana satu betul ?

Masih ada kedengaran bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim masih tidak layak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Presiden PKR dikatakan tidak diberikan pengampunan bebas di bawah Perkara 48 (1) (e) Perlembagaan Persekutuan bagi melayakkan beliau bertan­ding dalam mana-mana pilihan raya.

Mungkin PRK mungkin terpaksa diadakan sekali lagi walaupun selepas Anwar berjaya menyandang kerusi Parlimen Port Dickson.

Pemerhati politik juga mendapati permasalahan itu membolehkan pengundi di Parlimen Port Dickson keliru, tunggu dan lihat, tidak mahu terlibat serta tidak akan keluar mengundi pada PRK kelak.

 

TAKIYUDDIN HASSAN

Seperti yang dilaporkan UTUSAN ONLINE, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan percaya si­tuasi itu tidak mustahil berlaku sekiranya mahkamah memutusan Anwar yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRK Port Dickson hilang kelayakan untuk bertanding sebagai ahli Parlimen.

Pada 16 Mei lalu, Anwar hanya dikurniakan pengampunan penuh di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang merujuk kepada frasa ‘dibenarkan dan diberi pembebasan serta-merta’.

“Untuk mengelakkan kerajaan terpaksa membazirkan wang untuk mengadakan pilihan raya sekali lagi, kami harap pengundi tidak memilih Anwar,” katanya dalam sidang akhbar di Markas Induk Pas bagi PRK Parlimen Port Dickson di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Naib Pre­siden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad; Ahli Jawatankuasa Kerja Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali; Ke­tua Dewan Himpunan Penyo­kong Pas, N. Balasubramaniam; Pesuruhjaya Pas negeri, Mustaffa Daharun dan calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar.

Minggu lalu, seorang pe­ngundi berdaftar di Port Dickson, Noraziah Mohd. Shariff, 38, mengemukakan saman pemula bagi memohon perisytiharan mahkamah bahawa Anwar tidak layak bertanding untuk mana-mana kerusi Parlimen.

Selain itu, pencadang bagi calon Pas, Ramli Ismail telah mengemukakan surat bantahan terhadap pencalonan Anwar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari penamaan calon, Sabtu lalu.

Takiyuddin menambah, SPR telah menolak bantahan yang dikemukakan Ramli itu dengan berasaskan pengampunan penuh yang diterima Anwar.

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.