26 °c
Kuala Lumpur
Wednesday, November 21, 2018

Pemuda UMNO Khuatir Khazanah Tambah Hutang

Perge­rakan Pemuda UMNO khuatir sekiranya syarikat pelaburan negara, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) terpaksa membuat hutang baharu berserta jaminan kerajaan bagi membiayai Projek Kereta Nasional Baharu (NNCP), yang dianggap sebagai projek kereta nasional ketiga.

Asyraf Wajdi Dusuki

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki risau situasi itu boleh berlaku memandangkan syarikat milik Khazanah, SilTerra Malaysia Sdn. Bhd. (SilTerra) yang dinamakan untuk menjadi rakan kongsi swasta bagi projek berkenaan, didakwa mempu­nyai rekod yang kurang memberangsangkan dengan jumlah kerugian terkumpul mencecah RM7.3 bilion.

“Bagaimana NNCP memperoleh pembiayaan bagi memulakan operasi dan mengeluarkan kereta bagi tujuan komersial? Adakah SilTerra mempunyai dana yang mencukupi bagi memulakannya?

“Ingin bertanya adakah Khazanah akan menerbitkan hutang baharu daripada pasaran modal bagi pembiayaan projek NNCP melalui jaminan kerajaan,” katanya dalam satu kenya­taan di sini hari ini.

Asyraf Wajdi berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak cuba memperbodohkan rakyat selain mendesak menyatakan de­ngan jelas apakah model pembiayaan projek NNCP tersebut.

“Kita tidak mahu melihat akhirnya kerajaan terpaksa menggunakan dana rakyat bagi menjadi penjamin segala hutang baharu yang diwujudkan sekali gus meningkatkan tanggungan yang merupakan sebahagian daripada momokan hutang RM1 trilion yang kerajaan bersungguh-sungguh mengurangkannya,” kata beliau. — UTUSAN ONLINE

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.