26 °c
Kuala Lumpur
Wednesday, November 21, 2018

700,000 Nombor Telefon Prabayar Diragui Sedang Diperiksa Kesahihan

Sebanyak 700,000 nombor telefon prabayar yang diragui sedang diperiksa kesahihannya bagi menangani masalah jenayah siber yang semakin membimbangkan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, perkara berkenaan sedang dilakukan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi untuk memastikan semua nombor yang aktif disahkan dan mengandungi maklumat terkini pengguna.

“Perkhidmatan nombor prabayar akan ditamatkan sekiranya pengguna atau individu tersebut gagal mengemaskini maklumat.

“Maklumat-maklumat tersebut akan disemak semula dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Langkah ini telah bermula pada bulan Mac ini dan dijangka selesai pada bulan November,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh; Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Al-Ishsal Ishak dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Dr. Mohd. Ali Mohamad Nor.

Dalam pada itu, Gobind memberitahu, satu jawatankuasa kerja akan ditubuhkan pada waktu terdekat ini untuk memerangi jenayah siber dengan melibatkan kementeriannya, SKMM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), syarikat-syarikat telekomunikasi dan institusi-institusi kewangan.

Beliau memberitahu, kejadian jenayah siber semakin meruncing kerana perangkaan tahun ini sehingga Oktober lalu sahaja menyaksikan sebanyak 8,313 kes dengan nilai kerugian RM299 juta berbanding 10,203 kes dengan jumlah kerugian RM183 juta sepanjang tahun lalu.

“Empat penipuan yang paling banyak kini adalah penipuan telekomunikasi seperti Macau Scam, pinjaman tidak wujud, 419 scam atau yang juga dikenali sebagai African Scam serta penipuan yang berkaitan dengan pembelian dalam talian,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.