25 °c
Kuala Lumpur
Wednesday, November 21, 2018

Dakwaan UiTM Dibuka Kepada Semua Kaum Tidak Benar

Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan dakwaan kononnya universiti awam itu yang dikhususkan untuk pelajar Melayu dan bumiputera kini dibuka kepada semua kaum.

Naib Canselornya, Profesor Emeritus Datuk Dr. Hassan Said berkata, selain itu, tiada kadar baharu yuran dikenakan seperti yang sedang tular dalam media sosial.

“Saya ingin menegaskan bahawa mesej yang tular dalam WhatsApp mengenai UiTM dibuka untuk semua kaum dan kadar yuran baharu adalah tidak benar,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Twitter, hari ini.

Menerusi mesej yang tular itu, turut dinyatakan kononnya kadar yuran yang bakal dikenakan adalah sama seperti yuran penggajian universiti awam lain. – UTUSAN ONLINE

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.