26 °c
Kuala Lumpur
Wednesday, November 21, 2018

Putin Ucap Tahniah Pada Juara Lightweight Dunia, Khabib

Juara Lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov menerima ucapan tahniah daripada Presiden Rusia, Vladimir Putin menerusi panggilan telefon sebaik sahaja pertarungan UFC 229 berakhir sabtu lalu.

Menurutnya, biarpun presiden itu bergambar dengan Conor namun dia berbangga kerana presiden itu menelefonnya secara peribadi.

“Pihak media melaporkan mengenai Conor bergambar dengan Presiden Rusia namun saya berbangga kerana Putin menghubungi saya untuk mengucapkan tahniah kepada saya,” ujarnya.

Khabib mempertahankan tali pinggang Lightweight miliknya selepas memaksa McGregor mengaku kalah pada pusingan keempat dengan aksi submission.

Sebelum pertarungan di Las Vegas, petarung Rusia itu berikrar untuk membelasah McGregor selepas dihina berbulan-bulan termasuk serangan bas di Brooklyn.-AFP

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.