25 °c
Kuala Lumpur
Sunday, November 18, 2018

Nikki Haley Letak Jawatan Duta AS Ke PBB

Duta Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley dilaporkan telah meletak jawatan, lapor media tempatan.

Menurut laman sesawang berita Axios, Presiden Donald Trump telah menerima peletakan jawatan wanita tersebut.

Haley yang sebelum ini ditanya tentang desas-desus itu semasa mengunjungi White House hari ini enggan mengesahkan kepada Reuters perkara tersebut.

Jurucakap White House, Sarah Sanders berkata, Trump dan Haley dijadual bertemu di Pejabat Oval pada pukul 10.30 pagi ini.

Menurut Axios, Haley telah berbincang tentang peletakan jawatan itu dengan Trump pada minggu lalu semasa mengunjungi White House.

Pengumuman tersebut menggemparkan pegawai-pegawai kanan dasar luar pentadbiran Trump. – Reuters

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.