25 °c
Kuala Lumpur
Sunday, November 18, 2018

PRK PARLIMEN PORT DICKSON: Jangan Undi Parti Amal ‘Politik Bohong’ – Abdul Hadi

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson untuk tidak mengundi calon daripada parti yang mengamalkan ‘politik bohong.

Abdul Hadi berkata, PRK itu merupakan masa yang tepat untuk rakyat menunjukkan protes terhadap pembohongan yang sedang berlaku dalam pentadbiran negara.

“Janji harga minyak diturunkan serta merta bila menang, tetapi tidak diturunkan. Janji hapus tol pun tidak terhapus malah banyak lagi janji lain tidak dilaksana. Cukup jadi pengajaran kepada kita.

“Kita tak boleh pilih parti yang tidak pegang pada janji. Bagi orang Islam janji itu satu amanah yang sangat besar, kita tidak boleh bersama dengan pemimpin yang bersikap fasikh yang buruk dan bercanggah dengan moral manusia,” katanya dalam video yang dimuat naik di laman twitter miliknya hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.