26 °c
Kuala Lumpur
Wednesday, November 21, 2018

“Semuanya OK” – Ahmad Zahid

Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini selesai memberikan keterangan selama lapan jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanapun Ahmad Zahid enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

Beliau hanya memberikan reaksi:

“Semuanya ok, tiada apa-apa,” katanya.

Presiden UMNO itu yang tiba pada pukul 9.20 pagi dan dilihat keluar pada 5.40 petang.

Turut dipanggil untuk memberi keterangan bagi siasatan berhubung dakwaan sama ialah anak Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dan abang tirinya, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi.

Terdahulu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu tiba di sini dengan menaiki kereta jenis Lexus berwarna putih tiba di sini dengan mengenakan baju batik berwarna hijau.

Menurut sumber sebelum ini memaklumkan, Ahmad Zahid dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan di sebuah yayasan.

Difahamkan, Ahmad Zahid telah menerima waran daripada SPRM pada minggu lalu supaya hadir ke ibu pejabat agensi itu hari ini.

Ini merupakan kali ketiga Ahmad Zahid dipanggil keterangan kepada SPRM apabila sebelum ini membabitkan siasatan penyelewangan dana yayasan dikaitkan dengan beliau iaitu Yayasan Akal Budi.-UTUSAN ONLINE

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.