25 °c
Kuala Lumpur
Sunday, November 18, 2018

UMNO Tentang Hasrat ICERD

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, parti itu akan menentang cubaan mana-mana pihak untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Menurutnya, UMNO sama sekali tidak akan merelakan cubaan mana-mana pihak untuk memperkotak-katikkan hak orang Melayu, Islam, Raja-Raja Melayu serta hak penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Terdahulu Ahmad Zahid menegaskan, UMNO sebuah parti yang utuh dengan ketika ini masih kekal memiliki jumlah wakil rakyat teramai.

“Dalam keadaan sekarang, kita harus elakkan perpecahan. Kita tahu pihak sana ada masalah dan sama ada gajah satu atau gajah dua, mereka pasti akan cari kita untuk kukuh­kan kedudukan.

“Jangan berunding sekarang, no way. Kita mesti buat keputusan secara bersama dengan syarat perpaduan dalam kala­ngan kita tak terjejas,” katanya.

Sementara itu, katanya, apa yang dilakukan kerajaan ketika ini tidak lebih daripada seolah-olah mengambil produk lama ciptaan UMNO, menukar kulitnya dan menjual semula seolah-olah produk itu hasil idea mereka.

“Selain itu, apa yang mereka berikan kepada pekebun kecil, pesawah dan nelayan dalam pembentangan Belanjawan 2019 semalam? Saya harap mereka yang terpinggir ini akan kembali bangkit bersama UMNO dan kita akan terus perjuangkan nasib mereka seperti dilakukan sebelum ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.