29 °c
Kuala Lumpur
Saturday, November 17, 2018

Padang Bola Saksi ‘Pertempuran’ Veteran Utusan Malaysia Lawan Berita Harian

Padang Kelab Kilat Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bangsar hari ini menyaksikan ‘pertempuran mesra’ di antara veteran Utusan Malaysia menentang Berita Harian dalam satu perlawanan bola sepak amal bagi membantu mangsa gempa bumi di Palu, Indonesia.

Perlawanan berkesudahan dengan jaringan seri 2-2, dan berlangsung dengan penuh semangat setiakawan, menggambarkan keakraban serta hubungan baik di antara dua saluran media yang paling berpengaruh di Malaysia.

“Perlawanan sebegini adalah julung kali diadakan dan melihat kepada prestasi serta corak permainan menarik yang berlaku hari ini, saya harap kerjasama di antara Utusan Malaysia serta Berita Harian ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Menerusi perlawanan amal ini, silaturahim antara dua media juga dapat dilaksana sekali gus merapatkan ukhwah sedia ada untuk perkembangan media tempatan,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Hadir merasmikan perlawanan amal tersebut, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan sumbangan berjumlah RM28,600 telah berjaya dikutip dan akan diagihkan di bawah kelolaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Ujar Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nizam Mohd. Noor, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Utusan Malaysia serta Berita Harian yang turut cakna dengan peristiwa malang yang telah berlaku baru-baru ini.

“Tindakan ini sekali gus membuktikan bahawa kita mempunyai solidariiti dan walaupun bukan kita yang menerima bencana tersebut tetapi kerjasama ini menunjukkan kita amat prihatin dengan kejadian yang berlaku.

“Sehubungan itu, sumbangan yang berjaya dikumpul ini akan diserahkan kepada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang telah dikenal pasti seperti Majlis Belia Perlis dan Institut Qayyim untuk diuruskan,” katanya.

Dalam masa sama, majlis tersebut turut menyaksikan masjid-masjid di Perlis tampil dengan kutipan bernilai RM122,709; TNB (RM20,000); Bank rakyat (RM3,000) dan Teras Tanjung (RM3,000). – UTUSAN ONLINE

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.