25 °c
Kuala Lumpur
Sunday, November 18, 2018

Rosmah Hadir Ke Mahkamah Serba Jingga

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba kira-kira pukul 8.45 pagi sebentar tadi bagi menghadiri prosiding sebutan kes di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Rosmah, 67, yang memakai baju kurung dan berselendang jingga ditemani suaminya, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama anak lelakinya, Mohd. Norashman kelihatan tersenyum dan tenang ketika masuk ke pekarangan lobi mahkamah.

Mereka hadir dengan menaiki kereta Proton Perdana berwarna hitam tiba di pekarangan lobi mahkamah dan kehadiran mereka ditunggu oleh para pengamal media tempatan sejak pukul 7 pagi tadi.

Pada 4 Oktober lalu, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 17 pertuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah RM7 juta.

Rosmah didakwa atas 12 pertuduhan melibatkan diri secara langsung dalam transaksi aktiviti haram dengan cara membenarkan kemasukan wang berjumlah lebih RM7 juta ke dalam akaun bank miliknya dan lima pertuduhan gagal membuat penyata pendapatan.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, tingkat bawah, 148 Jalan Ampang, di sini dan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini antara 4 Disember 2013 dan 1 Mei 2018.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.