23 °c
Kuala Lumpur
Wednesday, December 12, 2018

Moody’s Ubah Prospek Petronas Kepada Negatif

Moody’s Investors Service mengesahkan penerbit domestik dan penarafan tidak bercagar kanan mata wang asing bagi Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) pada A1, namun mengubah prospek kepada negatif daripada stabil.

Naib Presiden Moody’s, Vikas Halan berkata, keputusan mengubah penarafan itu kerana profil kewangan Petronas mungkin merosot sekiranya kerajaan terus meminta syarikat minyak negara itu membayar dividen yang tinggi, terutama ketika penurunan harga minyak.

“Keadaan sedemikian tidak lagi menyokong tahap penarafan bagi syarikat yang ketika ini berada di dua tahap kedudukan berdaulat. Dalam senario ini, penarafan Petronas mungkin dikekang kepada tidak lebih daripada satu kedudukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 pada 2 November lalu, Petronas akan membayar RM30 bilion sebagai dividen istimewa secara sekali gus kepada kerajaan pada 2019, sebagai tambahan kepada dividen tahunan biasa berjumlah RM29 bilion. – UTUSAN ONLINE

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.