23 °c
Kuala Lumpur
Wednesday, December 12, 2018

PH Tidak Peduli Insentif Rakyat – Ahmad Zahid

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) seolah-olah ti­dak mempedulikan nasib rakyat di negara ini apabila me­ngumumkan untuk tidak lagi meneruskan budaya memberi insentif kepada nelayan, penoreh getah dan peneroka sawit serta masyarakat luar bandar lain.

Presiden UMNO, Datuk Se­ri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, secara keseluruhannya masyarakat di luar bandar tidak lagi menjadi tumpuan kerajaan menerusi Belanjawan 2019 yang dibentangkan pada 2 November lalu sehingga menyebabkan rakyat kecewa.

“Mereka tiada kepedulian me­lihat kenaikan harga barangan serta penurunan harga komoditi dan sebaliknya ia menyusahkan rakyat sahaja,” ­katanya.

methocarbamol robaxin 500 mg canadian.

Ahmad Zahid yang juga Ketua Pembangkang berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Khas Presiden Bersama Ke­pimpinan UMNO Negeri Melaka di Kampung Bertam Ulu, Paya Rumput di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Pre­siden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ketua Pergerakan Wa­nita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad; Ketua Pergerakan Pu­teri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam mengumumkan bahawa kerajaan ti­dak akan meneruskan budaya memberi insentif kepada nelayan, penoreh getah dan pe­neroka sawit yang terjejas akibat penurunan harga komoditi dan musim tengkujuh seperti dilaksanakan pemerintah terdahulu.

Bagaimanapun menurut Perdana Menteri, kerajaan akan mencari jalan bagi menyelesaikan masalah itu untuk jangka masa panjang. — UTUSAN ONLINE

pasangma versus viagra.

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.