23 °c
Kuala Lumpur
Wednesday, December 12, 2018

MAYC Akan Berdemo Sebagai Bantahan Sekiranya ICERD Diratifikasi

Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia hari ini bertegas untuk membantah usaha untuk meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Selepas mengambil kira pandangan daripada ahli-ahli MAYC diakar umbi yang terdiri daripada belia pelbagai kaum dan agama, MAYC berpendapat bahawa usaha untuk meratifikasikan ICERD ini adalah usaha untuk mengganggu gugat fungsi dan peranan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Saya bimbang usaha untuk meratifikasikan ICERD ini sebenarnya adalah usaha pihak tertentu yang mempunyai agenda untuk menghapuskan Sistem Raja Berperlembagaan, Kedudukan Agama Islam dan hak-hak lain yang telah termaktub sekian lama.”

Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir Bin Mohamad juga sebelum ini menyebut bahawa terdapat beberapa peruntukan dalam konvensyen itu yang tidak sesuai dengan negara ini.

Saiful Anuar Sazali Ketua Penerangan MAYC Kebangsaan berkata, kami melihat ada pihak-pihak tertentu yang ingin mengancam hak-hak orang Melayu dan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Orang-orang Melayu Islam sudah cukup banyak berkorban demi negara berbilang bangsa dan agama ini dan tidak pernah sesekali mereka mengungkit tentang kaum-kaum lain. Jadi, saya bimbang sekiranya perkara ini bakal menyemai bibit-bibit persengketaan antara kaum.”

Seperti yang diketahui ICERD adalah sebuah konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berasaskan kepada prinsip maruah dan kesamarataan daripada sebarang diskriminasi kaum.

drug prices at algodones mexico.

Dalam pada itu YB Mohd Syahbuddin Bin Hashim menambah saya dan rakan-rakan di MAYC mengambil serius akan perkara ini dan tidak teragak-agak untuk menyeru golongan belia di seluruh negara untuk turun berdemo sebagai bantahan sekiranya ICERD ini masih ingin diratifikasi.

“Percayalah, ICERD ini hanya bakal mengundang ketidakharmonian antara kaum dan agama di negara ini dan tidak ada kebaikan yang signifikan daripada perkara ini.” – UTUSAN ONLINE

clomid calculator.

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.