23 °c
Kuala Lumpur
Wednesday, December 12, 2018

Apa Maksud Anthony?

Bekas Pengarah Urusan Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman mempersoalkan kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bahawa kerajaan tidak akan lagi melindungi syarikat-syarikat penerbangan tempatan.

where to buy 3 10percent cream eurax.

Abdul Aziz berkata, setakat ini kerajaan tidak pernah memberi sebarang perlindungan kepada mana-mana syarikat penerbangan tempatan memandangkan mereka beroperasi secara persendirian kecuali MAS.

drugstore xenical.

“Kalau kerajaan tidak menya­lurkan bantuan kewangan kepada MAS, syarikat itu akan mati terus.

“Saya tak faham apa yang dikatakan oleh menteri mengenai perlindungan kepada syarikat-syarikat penerbangan tempatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Anthony semalam yang kerajaan tidak akan melindungi syarikat-syarikat penerbangan sebaliknya mahu melihat satu pasaran sektor penerbangan yang berdaya saing.

Anthony berkata, persai­ngan yang wujud itu bukan sahaja membawa manfaat positif kepada sektor penerbangan malah me­lonjakkan pertumbuhan sektor-sektor lain termasuk pelancongan.

Abdul Aziz berkata, syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia dan Malindo Air yang beroperasi di negara ini adalah dibiayai secara persendirian dan tidak ada kena-mengena dengan sebarang perlindungan atau insentif khas daripada kerajaan selama ini.

Sehubungan itu, beliau berpendapat, Anthony perlu menjelaskan secara terperinci mengenai bentuk perlindu­ngan yang dimaksudkan kepada syarikat-syarikat penerbangan supaya tidak disalah tafsir. — UTUSAN ONLINE

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.