23 °c
Kuala Lumpur
Wednesday, December 12, 2018

Program Iqra’ Yayasan Tabung Haji

Yayasan Tabung Haji ba­ru-baru ini telah me­lak­sanakan Program Iqra’ bagi membantu pelajar-pelajar asnaf seluruh negara sebagai menyokong inisiatif pendidikan negara.

Inisiatif berkena­an juga me­ru­­pakan antara program tang­gungjawab sosial kor­porat (CSR) yang di­laksanakan setiap tahun untuk membantu me­ringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak mereka.

Para pelajar dari sekolah-sekolah terpilih berkenaan me­nerima sumbangan berjumlah RM500 setiap seorang, berupa kelengkapan sekolah bernilai RM200 dan wang tunai berjumlah RM300.

Menerusi sumba­ngan itu, Yayasan Tabung Haji berha­rap ia dapat mendorong dan memberi motivasi kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, sekali gus menjadi pemangkin perubahan ke arah meningkatkan taraf sosio ekonomi diri, keluarga, masyarakat dan sete­rusnya negara.

Sementara itu, di Putrajaya, sumbangan bernilai RM400,000 diagihkan kepada 800 orang murid daripada golongan asnaf dan kurang berkemampuan menerusi Program Iqra’ 2018 peringkat Wilayah Persekutu­an yang dijalankan Yayasan Ta­bung Haji.

Program berkenaan membabitkan seramai 500 orang murid dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 300 murid dari Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan masing-masing mene­rima kelengkapan persekolahan bernilai RM200 serta wang tunai RM300.

Pengarah Tabung Haji Wila­yah Persekutuan, Mohamad Abas berkata, pengagihan sumbangan zakat di Program Iqra’ itu bertujuan membolehkan murid-murid asnaf dan kurang berkemampuan untuk membuat persediaan bagi menghadapi sesi persekolahan tahun hadapan.

where can i buy nolvadex.

“Sumbangan ini juga sebagai suntikan semangat dan pendorong kepada murid agar lebih berdaya maju dan cemerlang dalam pelajaran, seterusnya meningkatkan taraf sosioeko­nomi keluarga masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan Program Iqra’ 2018 peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

Menurut Mohamad, selain daripada majlis penyampaian sumbangan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, pihaknya terdahulu hari ini mengadakan majlis yang sama di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lum­pur bagi menyerahkan sum­bangan kepada murid-murid dari Kuala Lumpur.

“Secara keseluruhan, penerima-penerima ini dipilih daripada 115 sekolah di Kuala Lumpur dan 14 sekolah di Putrajaya yang nama mereka dikemukakan daripada pemilihan yang dibuat Jabatan Pendidikan,” katanya.

Beliau memberitahu, Program Iqra’ 2018 dijangka membabitkan seramai 7,000 murid di seluruh negara dengan matlamat meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak mereka.

“Berkat sumbangan zakat ini diharap menjadi pembakar semangat kepada para pelajar. jangan jadikan kemiskinan sebagai alasan tidak belajar, de­ngan keberkatan sumbangan ini pelajar mampu mengubah nasib keluarga dan menempa kejayaan,” katanya. — UTUSAN ONLINE

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.