23 °c
Kuala Lumpur
Wednesday, December 12, 2018

BANTAH ICERD: Hormati Jasa, Budi Umat Islam – Presiden PAS

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan kaum lain bahawa orang yang terawal memulakan penentangan penjajah di negara ini ialah umat Islam dan bumiputera termasuk raja-raja serta pemimpinnya.

Beliau berkata, jasa dan budi penduduk peribumi ini kepada semua kaum, justeru haruslah dihormati kerana agama Islam menganggap manusia adalah sebagai satu keluarga.

“Ingat, kalau anjing sekampung yang sedang berkelahi, kalau datang diganggu, anjing sekampung ini boleh bersatu. Kami bukan anjing. Kami ini manusia, sebab itu jangan kacau dan jangan main-main,” katanya.

canada pharmacies free shipping.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Himpunan Perpaduan Ummah yang dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (Ummah) di pekan Kampung Gajah di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, rakan-rakan dari bukan Islam dan bukan Melayu masih tetap diterima sebagai sebahagian masyarakat di negara ini, namun jangan disebabkan nila setitik, habis rosak susu sebelanga.

Oleh itu, Abdul Hadi mengharapkan kepemimpinan negara menyedari hakikat bahawa walaupun Pakatan Harapan memerintah Malaysia, ia sebenarnya didominasi oleh bukan Islam.

“Ini pasal apa, pasal kitalah, orang Melayu tidak faham politik. 66 kerusi bukan Islam 58 kerusi Islam, sedangkan demografi penduduk 65 peratus orang Islam. Kalau campur dengan bumiputera, 80 peratus orang Islam tetapi diperintah oleh kalangan yang tidak mendominasi penduduk,” katanya.

Sehubungan itu, Abdul Hadi berkata, beliau dan pemimpin Islam lain merasa terpanggil untuk menunjukkan kesatuan umat, mengajak rakyat bersama bagi mendokong serta memperbetul keadaan dan bukannya mahu menimbulkan huru-hara.

Menurut beliau, demokrasi bukan hanya dengan pengwujudan Parlimen tetapi juga hak untuk menganjurkan perhimpunan aman (bagi membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Kuala Lumpur pada 8 Disember ini).

“Biar mereka saksikan berapa banyak rakyat, bandingkan kalau mereka berani kerah orang mereka banyak mana,” katanya.

Sementara itu, Abdul Hadi ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut berkata, lokasi himpunan besar-besaran di Kuala Lumpur itu akan diberitahu kemudian kerana pihaknya turut menunggu maklum balas daripada kerajaan. – UTUSAN ONLINE

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.