23 °c
Kuala Lumpur
Monday, December 10, 2018

BANTAH ICERD: Lebih 50,000 Hadir Tunjuk Solidariti di Pasir Salak

oleh wartawan BacalahMalaysia.com

 

Lebih 50,000 rakyat membanjiri Perhimpunan Perpaduan Ummah diadakan di Kampung Gajah, Pasir Salak di sini malam tadi.

Laungan ‘Hidup Islam’, ‘Hidup Melayu’, ‘Hancur ICERD’, ‘Daulat Tuanku’ serta ‘Takbir’ bergema tanpa henti.

Tidak kira berlatar belakang politik, orang ramai mula berkampung sejak jam 5 petang bagi menunjukkan kesungguhan mereka menerusi Himpunan Perpaduan Ummah.

Tinjauan malam tadi turut memperlihatkan sebagai satu isyarat yang jelas kepada pihak yang mahu cuba mencabar kesucian Islam.

Sudah tentu parti UMNO dan PAS di samping berpuluh badan-badan bukan kerajaan (NGO) antaranya seperti Gerakan Pembela Ummah dan Jaringan Melayu Malaysia bersama-sama berkumpul untuk menyatukan fikrah dan keutuhan kaum Melayu dan Bumiputera.

buy viagra in india.

Himpunan ini adalah penentangan terhadap ICERD yang secara jelas sekali lagi dizahirkan, menggesa agar kerajaan tidak tunduk kepada desakan-desakan segelintir pihak yang mahu ianya diratifikasikan.

Himpunan ini juga mencatat sejarah negara apabila menyatukan pemimpin utama dari parti terbesar orang Melayu dan Islam iaitu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan juga Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang serta barisan kepimpinan di peringkat pusat, negeri mahupun tempatan.

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.