23 °c
Kuala Lumpur
Monday, December 10, 2018

Masa Solat 
Sunat Subuh Terlupa Qunut

Soak Jawab Ustaz Kazim Elias

Bilakah masa untuk mengerjakan solat sunat dua rakaat pada waktu subuh? Selepas atau sebelum azan Subuh?

Ismail, Selangor.

UKE: Siti Aishah RA pernah mengatakan: “Tidak pernah dilihat Nabi SAW begitu mengambil berat berkaitan solat-solat sunat sebagaimana baginda SAW mengambil berat tentang dua rakaat fajar.” [Riwayat al-Bukhari (1116)]

Waktu bermulanya waktu fajar atau subuh adalah setelah terbitnya fajar yang benar (fajar sodiq) dan berakhir apabila terbitnya matahari.

Sebuah hadis riwayat daripada Hafsah RA: “Adalah rutin Rasulullah SAW, apabila kelihatan fajar maka baginda bersolat dua rakaat.” Sahih Muslim (no: 723).

Kata Imam Nawawi: “Hadis ini menunjukkan solat sunat Subuh tidak masuk waktunya kecuali setelah terbit fajar.” (Syarah Sahih Muslim 6/352).

Maka dikerjakan solat sunat Subuh ini ialah apabila masuk waktu subuh sebelum mengerjakan solat fardu Subuh.

pharmacy rx 1 canada.

Harus diingat solat sunat yang paling dituntut antara solat-solat sunat rawatib yang lain adalah dua rakaat solat sunat fajar atau subuh.

Terlupa qunut

Kalau saya terlupa membaca doa qunut tetapi ketika hendak turun sujud baru teringat, bolehkah kita membaca qunut sebelum sujud iaitu ketika hendak berlutut?

Shima, Bandar Baru Bangi.

UKE: Bacaan qunut ketika solat Subuh adalah sunat mengikut mazhab Syafie. Sah solat anda walau anda tidak membaca qunut. Apabila anda terlupa membaca qunut dan hanya teringat ketika hampir sujud maka janganlah anda bangun tegak semula untuk membaca qunut sebab anda telah melampaui rukun solat yang lain seperti anda telah melampaui batasan rukuk.

Jika anda teringat ketika baru bergerak sedikit selepas iktidal maka tiada masalah untuk anda membaca qunut. Tetapi apabila anda nyatakan bahawa anda sudah hampir sujud baru anda teringat belum berqunut maka tidaklah boleh anda bangun tegak semula untuk qunut dan hanya perlu gantikan dengan melakukan sujud sahwi. -UTUSAN ONLINE

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.