cialis tablets without prescription. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) hari ini melancarkan Inovasi Cendol Segera MARDI sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA) 2018di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).
Cendol berkenaan dihasilkan menggunakan kaedah konvensional iaitu dengan menekan adunan atas pengayak untuk membentuk adunan sebelum dipotong ke dalam air ais.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Dr Ismail Bakar, berkata cendol segera adalah cendol kering hasil teknologi penggelatinan cepat, dibungkus bersama pek sirap gula apong (nipah) dan serbuk santan.
“Cendol adalah pencuci mulut ikonik yang diisytiharkan sebagai makanan warisan Malaysia oleh Jabatan Warisan Negara.
“Kaedah penggelatinan cepat dan pemprosesan berjaya menyingkatkan masa proses cendol dengan ketara. Penghasilan cendol kering yang mengandungi tahap lembapan rendah (kurang 10 peratus), sekali gus meningkatkan kestabilan jangka hayat cendol,” katanya kepada media selepas pelancaran Inovasi Cendol Segera Mardi di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ahmad Badri Mohd Zahir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salehuddin Hassan serta Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor.
Ismail berkata, cendol kering lebih mudah dikendalikan dari segi penyimpanan iaitu pada suhu bilik dan tidak memerlukan penyimpanan pada suhu sejuk.
“Cendol segera dihasilkan untuk menampilkan imej baharu pencuci mulut ikonik warisan Malaysia dan menjadikannya lebih berpotensi dari sudut ekonomi.
“Kaedah pemprosesan cendol yang diperkenalkan membabitkan penggunaan alat dan mesin yang minimum, meningkatkan produktiviti pemprosesan, mengurangkan kadar sisa pengeluaran dan kos yang lebih efektif,” katanya.
Cendol kering juga boleh digoreng dan dijadikan snek kerana bebas bahan gluten serta tiada pengawet kimia tambahan. -BH ONLINE
Discussion about this post