24 °c
Kuala Lumpur
Monday, December 10, 2018

Kedai Ekonomi Pengguna Dilancar

Kerajaan melancarkan Kedai Ekonomi Pengguna (i-KeeP) iaitu kedai yang menawarkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan.

need prescription for celexa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, i-KeeP digerakkan melalui kerjasama strategik antara kerajaan dan enam syarikat peruncitan yang berupaya dalam kewangan.

“i-KeeP tidak mempunyai premis khusus seperti KR1M, sebaliknya pemilik outlet kepada enam syarikat strategik yang dipilih akan menjalankan perniagaan i-KeeP di premis-premis sedia ada mereka.

“Barangan i-KeeP boleh dikenal pasti melalui logo i-KeeP yang dipaparkan dalam bentuk papan tanda dan pelekat yang diletakkan secara berasingan di dalam premis syarikat peruncitan yang terlibat,” katanya selepas melancarkan i-KeeP di kementeriannya di sini.

Saifuddin Nasution berkata, pada fasa permulaan, kesemua premis i-KeeP tertumpu di Semenanjung Malaysia dengan jumlah premis yang menyertai seba­nyak 304 buah, diikuti Sabah dan Sarawak pada fasa seterusnya.

Beliau memberitahu, i-KeeP merupakan inisiatif penjenamaan semula untuk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), bagaimanapun KR1M hanya mempunyai satu rakan strategik. — UTUSAN ONLINE

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.