23 °c
Kuala Lumpur
Monday, December 10, 2018

AFF: Ayuh, Teruskan Sokongan Anda – Kapten Harimau Malaya

Kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abd. Razak menyifatkan tidak mustahil untuk dia dan rakan sepasukannya mencipta kemenangan ke atas Thailand dalam aksi separuh akhir Piala AFF yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Penyerang skuad kebangsaan itu menyedari harapan menggunung diletakkan di barisan pemain dan walaupun lawan yang dihadapi bukan calang-calang pasukan namun berbekalkan sokongan padu penyokong Harimau Malaya tidak mustahil kemenangan dapat dicapai.

cialis australia prices.

“Yang penting kami bermain dalam satu pasukan dan semangat juang yang tinggi, kami mampu atasi Thailand.

“Sokongan yang diberikan oleh peminat amat memberangsangkan dengan memenuhi setiap sudut stadium. Sebagai pemain, apabila kami melihat penyokong menyanyi dan memberikan sorakan, penat lelah kami berlari di atas padang tidak begitu terasa. Terima kasih kepada penyokong Harimau Malaya,” katanya kepada pemberita di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Biarpun Thailand menjadi pasukan pilihan selepas mereka turun selaku juara bertahan namun Malaysia tidak pernah kalah kepada skuad Gajah Perang itu di laman sendiri dalam perlawanan bola sepak peringkat senior sejak 1971 sekali gus menjadi motivasi terbaik untuk Harimau Malaya pada malam ini.

Selepas ini, Malaysia akan bertandang ke Bangkok pada 5 Disember ini bagi menghadapi aksi timbal balil. – UTUSAN ONLINE

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.