23 °c
Kuala Lumpur
Thursday, January 17, 2019

Jumlah Dagangan Malaysia RM162 Bilion

Malaysia mencatatkan jumlah dagangan bernilai RM162 bilion meningkat RM5 bilion atau 3.2 peratus untuk November 2018 berbanding setahun lalu.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, bagi bulan tersebut, Malaysia merekodkan nilai eksport sebanyak RM84.79 bilion, berkembang 1.6 peratus tahun ke tahun manakala import meningkat lima peratus kepada RM77.24 bilion.

Beliau berkata, pertumbuhan eksport disokong oleh peningkatan eksport ke Taiwan iaitu sebanyak RM1.1 bilion, Vietnam (RM938.5 juta), Hong Kong (RM876.8 juta), Singapura (RM872.2 juta) dan China (RM435.3 juta), manakala kenaikan import yang tinggi adalah dari Kesatuan Eropah (RM773.3 juta), Arab Saudi (RM581.8 juta), Korea Selatan (RM456.8 juta), Persekutuan Rusia (RM411.4 juta) dan Taiwan (RM409.4 juta).

“Bagi perbandingan bulan ke bulan, jumlah dagangan, eksport dan import, masing-masing merekodkan penurunan sebanyak 8.2 peratus 12 peratus dan 3.5 peratus, manakala lebihan dagangan berkurang sebanyak 53.7 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.