23 °c
Kuala Lumpur
Thursday, January 17, 2019

RENCANA: E-dagang Paling Banyak Dilawati Di Asia Tenggara

oleh Jeremy Lew

 

Kami telah mengkaji semula platform e-dagang yang pa­ling banyak dilawati di Malaysia.

Hari ini, saya akan berkongsi penemuan kami terhadap platform e-dagang yang paling ba­nyak dikunjungi pada 2018.

Untuk kajian ini, kami menjalankan analisis terhadap beberapa jumlah kunjungan yang dilakukan melalui desktop dan telefon pintar atau web mudah alih melibatkan 60 platform e-dagang dari Singapura, Indonesia, Malaysia, Filipina, Vietnam, dan Thailand.

Ini membolehkan kami menentukan 10 pemain terbaik di rantau ini dan juga 10 terbaik di setiap negara.

Platform e-dagang yang dipaparkan dalam kajian ini dipilih berdasarkan ­prestasi mereka dalam peta kajian e-dagang yang telah kami kaji.

Semua data mengenai jumlah kunjungan di desktop dan web mudah alih dalam kajian ini diambil daripada angka trafik glo­bal melalui laman web serantau.

Pertumbuhan 10 platform e-dagang

Kami mengira peratusan pertumbuhan jumlah lawatan di desktop dan web mudah alih oleh syarikat antara Januari hingga November 2018 dan melihat 10 platform e-dagang teratas di Asia Tenggara me­ningkat dengan purata lalu lintas sebanyak 53 peratus.

Trend positif ini mencerminkan laporan Google yang me­nunjukkan sektor peruncitan dalam talian bergerak lebih cepat daripada dijangkakan.

Memegang bahagian pasaran terbesar dari segi purata jumlah kunjungan 2018 adalah Lazada iaitu 27 peratus diikuti Tokopedia (17 peratus), Shopee (15 peratus) dan Bukalapak (12 peratus).

Lazada mengekalkan kedudukan sebagai peneraju pasaran walaupun menghadapi persaingan se­ngit dari Tokopedia dan Shopee sepanjang tahun.

Menjelang akhir 2018, Shopee kemudiannya menjadi pesaing terdekat Lazada. Ini berikutan Shopee meningkatkan jumlah lawatannya ke desktop dan web mudah alih untuk mengatasi Tokopedia dan mengurangkan kedudukan penting Lazada sebanyak 66 peratus dalam jumlah kunjungan keseluruhannya.

Persaingan syarikat e-dagang

Kedudukan dominan Lazada hampir diambil alih oleh Tokopedia pada Julai dan Ogos 2018. Tokopedia mampu mengekalkan jumlah kunjungan yang banyak di desktop dan web mudah alih yang diperoleh daripada kempen Ramadan dan Hari Raya pada Mei 2018.

Tempoh Ramadan dianggap antara musim perayaan paling penting di Indonesia.

Ini adalah tempoh jualan yang popular kerana pengguna aktif membeli hadiah, pakaian dan barangan hiasan untuk menyambut Hari Raya pada Jun.

Oleh itu, ia jelas menunjukkan kedua-dua Tokopedia dan Lazada mengalami penurunan dalam jumlah kunjungan di ­desktop dan web mudah alih pada Jun 2018 di Indonesia kerana kebanyakan pengguna berada di luar talian semasa sambutan Hari Raya.

Antara usaha yang berjaya dimulakan oleh Tokopedia untuk mengekalkan peningkatan jumlah kunjungan pada ­desktop dan web mudah alih selepas Hari Raya adalah dengan jualan ulang tahun kesembilan yang diadakan pada Ogos 2019.

Prestasi syarikat e-dagang Indonesia ini amat mengagumkan kerana ia mampu mencabar tempat teratas walaupun hanya terdapat di satu negara sahaja.

Pemain serantau

Lazada pula adalah pemain serantau dengan pengguna daripada enam buah negara.

Selain itu, Tokopedia menerima tambahan RM4.6 bilion dari Softbank baru-baru ini untuk mengembangkan perniagannya dan kini merupakan syarikat e-dagang paling bernilai di Indonesia, bernilai RM29 bilion.

Platform e-dagang Vietnam seperti Thegioididong dan Tiki didapati amat luar biasa daripada peringkat serantau memandangkan mereka mempu­nyai purata kunjungan di desktop dan web mudah alih masing-masing sebanyak 29 juta dan 26 juta.

Ini boleh dikatakan amat meng­kagumkan kerana kedua-dua pemain ini hanya boleh didapati di pasaran Vietnam.

Thegioididong (juga dikenali sebagai dunia mudah alih di Vietnam) memulakan perniagaannya sebagai kedai elektronik fizikal sejak ditubuhkan pada 2004. Melalui tahun-tahun tersebut, kedai elektronik semakin mening­kat dan menjadi platform paling terkenal di Vietnam sama ada di dalam mahupun luar talian.

Di negara asalnya, Thegioididong mengatasi Lazada untuk menjadi platform e-dagang ke­dua yang paling banyak dilawati selepas Shopee menjelang November 2018.

Tiki juga popular dalam kalangan penduduk setempat dan disokong oleh gergasi e-dagang China, JD.com.

Syarikat e-dagang baru-baru ini menerima RM183 juta untuk mengembangkan perniagaannya khusus untuk pasaran Vietnam. — UTUSAN ONLINE

 

  • Penulis adalah Ketua Pemasaran Kandungan di iPrice Group Malaysia

 

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.