23 °c
Kuala Lumpur
Thursday, January 17, 2019

Ambulans Udara London Menamakan Putera William Sebagai Penaung Kempen

Sempena ulang tahun ke-30, Ambulans Udara London menamakan Putera William sebagai penaung kempennya yang dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran dan mengumpul sumbangan bagi menggerakkan bantuan kecemasan di negara itu.

Ketua Eksekutif London’s Air Ambulance Charity, Jonathan Jenkins berkata sokongan William akan memberi impak besar terhadap kerja-kerja kebajikan yang akan dilaksanakan.

“Menerusi sokongan beliau, kami ingin meningkatkan kesedaran orang awam terhadap kerja-kerja menyelamat nyawa yang dilakukan pihak kami dan semua ambulans udara seluruh United Kingdom,” katanya.

William sebelum ini berkhidmat sebagai juruterbang kepada East Anglia Air Ambulance namun memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan pada 2017 untuk memberi tumpuan kepada tanggungjawab hakiki sebagai Duke of Cambridge sepenuh masa.- REUTERS

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.